Wednesday, 8 April 2015

Pengangkutan Oksigen Dalam Badan

Semasa bernafas, kepekatan oksigen didalam udara yang disedut adalah lebih tinggi berbanding dengan kandungan oksigen didalam kapilari darah.

Darah beroksigen masuk ke dalam paru-paru melalui rongga hidung, trakea, bronkus, bronkiol, dan akhirnya alveoli.

Alveoli adalah kantung-kantung kecil di mana pertukaran gas berlaku.

Struktur alveoli.

Semasa pertukaran gas berlaku, oksigen akan diangkut dari alveolus ke sel-sel badan, manakala karbon dioksida akan diangkut dari sel-sel badan untuk dikeluarkan melalui paru-paru.

Penyebaran oksigen daripada alveolus kepada kapilari darah:
  • Alveoli mempunyai permukaan yang lembap, dinding nipis dan dikelilingi oleh banyak kapilari darah.
  • Oksigen yang terkumpul akan dilarutkan dahulu pada permukaan lembap alveoli. Ini menyebabkan kepekatan oksigen di dalam alveoli meningkat.
  • Apabila kepekatan oksigen di dalam alveoli adalah lebih tinggi berbanding dengan kapilari darah, oksigen akan diangkut dari alveolus ke kapilari darah dengan cara resapan mudah (simple diffusion).
  • Membran nipis alveoli meningkatkan kecekapan penyebaran darah. Oleh itu, lebih banyak oksigen dapat diserap ke dalam kapilari darah.
  • Penyebaran oksigen ini berlaku berterusan sehingga molekul oksigen dapat menembusi dinding kapilari darah dan akhirnya masuk ke dalam aliran darah.

Penyebaran oksigen daripada alveoli ke kapilari darah.

Pengangkutan oksigen oleh darah:
  • Darah adalah sejenis bendalir tisu yang mengalir dalam kapilari darah.
  • Darah bertindak sebagai medium pengangkutan oksigen yang cekap disebabkan bantuan dari hemoglobin (haemoglobin).
  • Hemoglobin adalah pigmen merah yang terdapat di dalam sel-sel darah merah (eritrosit).
  • Hemoglobin merupakan pembawa oksigen yang penting kerana ianya lebih mudah mengikat oksigen berbanding dengan air dan plasma darah.
  • Oksigen mengikat dengan hemoglobin dalam bentuk oksihemoglobin yang mana lebih stabil. Dengan kata lain;   Hemoglobin + Oksigen  Oksihemoglobin.
  • Oksihemoglobin ini akan dibawa dengan darah ke bahagian-bahagian badan yang kekurangan oksigen.

Penyebaran oksigen daripada kapilari darah ke sel-sel badan:

Penyebaran oksigen daripada kapilari darah ke sel-sel badan.
  • Apabila sampai ke sel-sel badan yang kekurangan oksigen, oksihemoglobin akan terurai untuk melepaskan oksigen dan hemoglobin. Dengan kata lain;   Oksihemoglobin + Oksigen  Hemoglobin.
  • Oksigen yang dilepaskan akan diserap oleh sel-sel badan, manakala hemoglobin akan kembali ke paru-paru untuk mengikat oksigen baru.
Pada masa yang sama, karbon dioksida daripada sel-sel juga akan meresap ke dalam kapilari darah untuk dibawa oleh hemoglobin ke alveoli.

Kemudian, karbon dioksida akan diusir keluar daripada paru-paru semasa proses menghembus nafas.

Kepentingan Menjaga Sistem Pernafasan

Sistem pernafasan akan terjejas jika ianya terdedah kepada bahan pencemar (pollutants) tertentu dan berlebihan.

Bahan pencemar terbahagi kepada dua jenis, iaitu bahan pencemar gas (gaseous pollutants) dan zarah-zarah halus.

Bahan pencemar gas terdiri daripada karbon monoksida, nitrogen oksida, hidrokarbon, sulfur dioksida, dan plumbum, manakala zarah-zarah halus terdiri daripada habuk atau bendasing yang terdapat pada atmosfera.

Kebanyakan bahan pencemar adalah toksik toxic) dan karsinogenik (carcinogenic). Ketoksikan adalah kualiti bahan-bahan yang boleh merosakkan sel-sel hidup, manakala karsinogenik adalah kualiti yang boleh membawa kepada pengeluaran sel-sel kanser.

Bahan-bahan toksik dikenali sebagai toksin (toxin), manakala bahan-bahan karsinogenik dikenali sebagai karsinogen (carcinogens).

Kita mesti mengelak daripada merokok kerana ianya boleh merosakkan sistem pernafasan.

Suatu eksperimen untuk menunjukkan kesan-kesan asap rokok ke atas kapas putih boleh dijalankan seperti berikut: kapas ini adalah satu analogi paru-paru manusia.


1) Radas disediakan seperti rajah di atas.

2) Puntung rokok yang sedang menyala ditetapkan pada sebelah tiub U.

3) Pada akhir eksperimen, didapati bahawa:
  • Termometer menunjukkan bahawa bacaan suhu menjadi lebih tinggi daripada suhu bilik. Ini menunjukkan bahawa asap rokok boleh meningkatkan suhu paru-paru.
  • Kapas putih bertukar menjadi keperangan (brownish) dengan tompok-tompok hitam. Ini menunjukkan bahawa asap rokok mengandungi tar.
  • Air dalam balang bertukar menjadi kekuningan (yellowish) kerana bahan pencemar dalam asap rokok larut di dalamnya.
  • Air menjadi berasid selepas 2-3 rokok dibakar. Ini menunjukkan bahawa asap rokok mengandungi gas berasid yang boleh makan di sel-sel epitelium pada alveoli.

    Menghargai Sistem Pernafasan Yang Sihat

    Sistem pernafasan adalah salah satu daripada nikmat tuhan. Kita harus bersyukur kerana dikurniakan organ pernafasan yang membolehkan kita bernafas untuk terus hidup.

    Oleh itu, kita mestilah menjaga dan memelihara kesihatan paru-paru kita agar ia dapat melaksanakan fungsinya dengan lebih cekap.

    Bagi memastikan kecekapan fungsi dan kesejahteraan sistem pernafasan, kita mestilah:
  • Menjauhkan diri daripada merokok.
  • Tidak menghidu bahan seperti gam dan petrol yang boleh merosakkan sel-sel pernafasan serta membawa kepada ketagihan.
  • Tidak menyembur racun serangga dalam keadaan pintu dan tingkap ditutup.
  • Buka semua tingkap untuk meningkatkan dan memperbaiki pengudaraan di dalam bilik.
  • Elakkan bernafas dalam debu dan kekotoran yang boleh mencemarkan paru-paru.
  • Memakai peralatan perlindungan apabila mengendalikan bahan kimia yang melepaskan gas toksik.
  • Melakukan senaman di ruang yang terbuka dengan udara segar. Selalu melakukan senaman membolehkan kita memperbaiki jantung dan otot-otot, dan juga membantu mengelakkan sesak nafas.
  • Selalu membersihkan rumah supaya udara yang kita sedut semasa bernafas bebas daripada habuk dan kotoran.
  • Tidak melakukan pembakaran sampah secara terbuka di kawasan dalam dan sekitar rumah.

Manusia harus mengekalkan (pada keadaan baik) dan memelihara kualiti udara dengan cara:
  • Mengharamkan pembakaran sampah secara terbuka.
  • Menggunakan petrol tanpa plumbum pada kenderaan bermotor.
  • Menjalankan kempen untuk memelihara dan memperbaiki indeks kualiti udara.

No comments:

Post a Comment