Corak Pertumbuhan Manusia
Pertumbuhan (growth) adalah satu proses yang dialami di dalam semua organisma hidup.
Proses pertumbuhan adalah melibatkan:
- Peningkatan saiz (pembesaran) organisma.
- Perubahan penampilan / rupa organisma.
- Peningkatan dalam bilangan sel-sel.
- Pembangunan fungsi organ organisma.
Pertumbuhan Manusia
Pertumbuhan / tumbesaran manusia boleh diukur dengan dua cara, iaitu melalui:
- Ketinggian badan (body height)
- Berat badan (body weight)
Proses pertumbuhan manusia boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat.
Pada setiap peringkat, akan terdapat perubahan dari segi bentuk, saiz
dan rupa.
Secara umumnya, terdapat lima peringkat kehidupan pada manusia:
- Peringkat awal (infancy)
- Zaman kanak-kanak (childhood)
- Remaja (adolescence)
- Dewasa (adulthood)
- Usia tua (old age)
Lima peringkat kehidupan manusia ini, boleh dipaparkan melalui lengkung
pertumbuhan (growth curve). Lengkung pertumbuhan ini adalah berbentuk S (S-shaped) atau sigmoid.
Lengkung pertumbuhan manusia.
Berdasarkan rajah di atas, tumbesaran manusia terbahagi kepada peringkat berikut:
- Peringkat awal (peringkat I).Peringkat awal adalah dari umur 0 - 1 tahun. Kadar pertumbuhan pada peringkat ini adalah cepat.
- Zaman kanak-kanak (peringkat II).Peringkat zaman kanak-kanak adalah dari umur 1 - 12 tahun. Kadar pertumbuhan pada peringkat ini adalah perlahan sehinggalah remaja.
- Remaja (peringkat III).Peringkat remaja adalah dari umur 12 - 20 tahun. Kadar pertumbuhan pada peringkat ini terdapat sedikit peningkatan.
- Dewasa (peringkat IV).Kadar pertumbuhan pada peringkat ini adalah malar (constant) atau sifar. Ini bermakna bahawa pertumbuhan/tumbesaran manusia telah berhenti. Walau bagaimanapun, terdapat bahagian yang tumbuh sepanjang hayat, iaitu kulit, kuku dan rambut.
- Usia tua (peringkat V).Pada peringkat ini, kadar pertumbuhan adalah negatif dan saiz tubuh manusia juga mula mengurang. Peringkat ini berakhir dengan kematian.
Walaupun lengkung pertumbuhan (growth curve) manusia secara umumnya
adalah sigmoid, tetapi terdapat perbezaan dalam pertumbuhan pada lelaki
dan wanita.
Lengkung pertumbuhan lelaki dan perempuan.
Berdasarkan lengkung pertumbuhan lelaki dan perempuan/wanita di atas;
- Kadar pertumbuhan budak lelaki adalah sama seperti budak perempuan semasa peringkat awal (bayi).
- Walau bagaimanapun, kadar pertumbuhan budak lelaki adalah melebihi budak perempuan semasa zaman kanak-kanak.
- Antara umur 12-14 tahun, kadar pertumbuhan adalah dilebihi oleh budak perempuan. Ini adalah kerana seorang budak perempuan mencapai akil baligh (puberty) pada usia yang lebih awal (kira-kira 12 tahun) dan zaman remajanya juga berakhir awal (kira-kira 16 tahun).
- Seorang budak lelaki mencapai akil baligh pada usia lewat sedikit
(kira-kira 14 tahun) dan zaman remajanya pula berakhir pada umur
kira-kira 18 tahun. Jadi, ketinggian perempuan adalah melebihi lelaki
pada peringkat remaja.
- Disebabkan tempoh pertumbuhan seorang lelaki adalah lebih panjang, jadi ketinggian seorang lelaki melebihi seorang perempuan, adalah pada umur 18 tahun dan ke atas.
Zaman kanak-kanak (chilhood) adalah peringkat yang paling penting dalam pertumbuhan manusia. Jadi, kanak-kanak mestilah diberi:
- Diet yang seimbang kerana
nutrien seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan garam mineral
boleh memastikan pertumbuhan yang sihat dan mencegah pelbagai
penyakit kekurangan seperti marasmus (lemah seluruh badan), riket,
kwashiorkor dan beri-beri.
- Bimbingan, perlindungan, kasih sayang dan pendidikan bagi memastikan pertumbuhan rohani yang sempurna.
No comments:
Post a Comment